Info...
Selamat sejahtera. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai sesuatu yang baru sahaja saya terima diemel saya . Emel ini bukan sahaja diterima oleh saya tetapi beberapa sahabat dan dan keluarga saya juga. Emelnya bertajuk "Yahoo Alert:Your Account Information Has Changed". Emel ini menyatakan bahawa kini Yahoo! ingin menamatkan akaun yang tidak digunakan lagi kerana terlalu banyak akaun yang tidak digunakan lagi. Untuk meneruskan akaun anda, anda perlu mengisi dan menghantar semula emel anda dan maklumat peribadi anda seperti nama, tarikh lahir dan sebagainya. Emel tersebut juga perlu disertakan dengan kata laluan (password) anda. Ini adalah emel sebenar yang telah saya terima.
**Klik pada gambar untuk gambar yang lebih jelasOk, disini saya jelaskan bahawa emel ini MERUPAKAN SATU PENIPUAN. Beberapa tahun yang lalu, sebilangan orang juga menerima mesej yang lebih kurang sama di friendster yang meminta mesej disebarkan kepada 20 orang kawan. Alasannya : Sama. Friendster dah terlalu banyak pengguna bla bla bla...... Jadi JANGAN LAKUKAN apa yang diminta melainkan anda betul- betul pasti sumbernya. Kedua, kemungkinan penyedia perkhidmatan seperti myspace, yahoo, google dan lain-lain lagi untuk meminta kata laluan sangat tipis.
Disini saya ingin menunjukkan beberapa perbezaan contoh surat palsu dan surat sebenar yang dihantar oleh pihak yahoo..
**Klik pada gambar untuk gambar yang lebih jelas
Perhatikan alamat emelnya. Pihak Yahoo sebenar menggunakan (xx@mail.yahoo-inc.com) manakala pihak yahoo palsu menggunakan email (xx@yahoo.com) Memang agak meyakinkan lagi- lagi jikalau merka menggunakan id contohnya seperti "mailbot, mail center, admin" dan sebagainya. Tetapi bagi yahoo, yahoo sebenar menggunakan logo mereka ( Y! ) tetapi yahoo palsu menggunakan emoticons sahaja seperti online atau offline. Semua pebezaan ini saya telah bulatkan. Selepas itu, emel yang dihantar oleh pihak yahoo sebenar juga lebih cantik dan mempunyai background. Akhir kata kalau anda dapat emel seperti ini, jangan dilayan dan adalah lebih baik jika anda menyenaraikan penghantar emel ini dibawah spam list anda atau terus buang mesej tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan